adam jaymie. Powered by Blogger.

TeMan SeJAti

Majlis Maulidur Rasul

Sempena tarikh 12 Rabiulawal , kita sebagai umat ISlam mestilah Mengikut segala ajaran yang diajar oleh JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W,, Oleh itu, satu ceramah telah diadakan di kilang FPM. Moga dengan program ILMU seperti ini mendapat rahmat-NYA....



Read more...

Suzuki Test Ride

Pengalaman berkumpul bersama geng2 suzuki belang memang satu pengalaman menyeronokan...

Sharing the photos ... hehehe,,,



Read more...

Basikal Tapi Tayar Traktor!!!!

Sanggupkah anda untuk menaiki basikal ini sambil bersiar-siar di Taman? Hasil ciptaan Wouter van den Bosch 29, seorang pelajar seni dan bekas Mekanikal Engineer daripada Arnhem,Belanda telah merekacipta sebuah basikal yang unik yang diperbuat daripada barangan hasil pemberian daripada  rakan-rakan  dan Syarikat jentera berat.


Basikal yang seberat 450Kg ini telah membuat beliau menjadi bintang Youtube dalam sekelip mata gara-gara rakam beliau menaiki Basikal Tersebut dipaparkan dalam Youtube. Lebih 600,000 hits telah beliau perolehi bila video rakaman beliau ditonton oleh pelayar internet seluruh dunia .

Read more...

Pondan kat Siam pun kene ala ketenteraan!!!!

BANGKOK - Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera.
Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera.




Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.

"Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara," kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintah Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong.
Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010. -AFP

Read more...

INSPIRASI EVOLUSI: Kenangan Dulu...

INSPIRASI EVOLUSI: Kenangan Dulu...

best

Read more...

tahniah MAN JUARA RAJA LAWAK 5 !!!!!

Memang patut Man menang kerana lawak dia mmg konsisten sejak dari awal lagi.... NO.2 jatuh pada kumpulan R2 dan NO.3 jatuh pada kumpulan BALAS. Macxam R2 , bagi aku sorang je yang lawak. pakcik die tu... yang sorang lagi , putih2 tu, tak ada la lawak sangat pun....



Bebrbalik pada kumpulan BALAS, kajian aku selama ini, lawak diorang ni banyak DOUBLE MEANING tu yang orang jadi muak dan muntah tu.... Bukan senang nak wat lawak kan???





Tapi cari lah lawak yang positif dan membina minda supaya INDUSTRI LAWAK kita ni tidak ketanduasan idea dan kreativiti....



apa-apa pun TAHNIAH KEPADA MAN!!!!!!


p/s : jangan jadi kacang lupakan kulit.....

Read more...

Kenangan Dulu...

Tetiba teringat zaman belaja kat POLY DUNGUN dulu... hahaha... macam2 kenagan yang tak dapat dilupakan. semuanya indah-indah belaka waktu itu..

Di sini , aku nak kongsikan pengalaman aku pergi PULAU REDANG.... hehhe....

kasik up cikit gambar untuk tatapan korang... hehheeeh.. selamat menjamu mata yew..







Read more...

Fakta Sains!!!

  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  • Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tuh kena sebut Alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus....bukan sebut pardon me or excuse me..)
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
  • mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
  • Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
  • Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
  • Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
  • Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
  • Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
  • Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Read more...

Mari Belajar Bahasa Jepun!!!

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI
perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.

Read more...

Fakta @ Auta???

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Read more...

StAtiStiK pEnInJAu

Menarik Di SIni....

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP