FASHA SANDHA - KAMI TIADA JODOH!!!
Pagi tadi dengan pantasnya selepas mengetahui kisah putus cinta Fasha dan Jejai, Abang Nara terus membeli Harian Metro untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dan ternyata di dalam Harian Metro ada kenyataan Fasha Sandha berkaitan hal ini.
Kata Fasha:-
Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.
Sejak dia pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua
Tapi apa yang peliknya, semasa Jejai berada di Jepun tiap-tiap hari mereka berdua main mesej. Sampai-sampai Malaysia je terus tak berhubung apa-apa. Agak misteri di situ.
Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya. Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci.
Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi.
Dan selepas ini Fasha berharap tak ada lagi media yang akan mengaitkan dia dengan Jejai. Cukup-cukuplah. Fasha mahu tumpukan perhatian mencari rezeki di dalam lakonan. Kata Fasha, tawaran berlakon yang diterima sekarang melimpah ruah.
Dan kalau anda fikir Fasha kecewa akibat clash dengan Jejai, anda ternyata silap. Ini kata Fasha.
Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu sahaja
Fasha sudah single sekarang. Anda taknak ngorat? Ke anda nak ngorat Jejai?