adam jaymie. Powered by Blogger.

TeMan SeJAti

YUNA!!!

Setelah begitu lama mengintai dari tirai kamar, akhirnya kelmarin Aku bertentang mata juga dengan Yuna. Aku kecewa kerana Yuna lebih tinggi dari Abang Nara. Apa ke pendek benar diri ini. Tapi hakikatnya mungkin Yuna pakai kasut tinggi itu yang Aku nampak pendek semacam je.
Sila jangan buat gosip Abang Nara pergi mengorat Yuna. Sebenarnya Abang Nara pergi ke pelancaran Yuna Inspired. Apakah itu Yuna Inspired? Basically akan ada kamera krew yang bakal ikut Yuna 24 jam untuk mengetahui hidup Yuna. Menarik kan? Dan paling best nanti akan ada contest untuk cipta lagu bersama Yuna. Pemenang nanti akan dibawa ke sebuah konsert khas.
Oh ye Yuna dah pun mengakui yang Qi adalah lelaki yang paling istimewa dalam hidupnya. Kiranya Yuna dah mengaku yang Qi adalah pakwenya la. Satu pengakuan yang bagus. Tak perlu nak berdolak-dalik kalau dah betul-betul sayang. Peminat zaman sekarang tak kisah sangat bab-bab cinta nie. Yang penting lagu best. Tak gitu?
Yuna Inspired dibawakan oleh Digi, Canon, Malaysia Airlines dan Astro Hitz. Abang Nara walaupun tak kenal Yuna secara mendalam tetapi Abang Nara tetap bangga dengan kejayaan Yuna. Daripada Youtube kini Yuna sudah pun menjadi seorang penyanyi yang ada brandnya yang tersendiri. Tahniah Abang Nara ucapkan. You deserved it.
Ikuti Twitter Yuna dan Facebook Yuna atau lawat laman web Yuna Inspired untuk lebih info tentang program ini. Lagi gambar sekitar pelancaran Yuna Inspired yang diproducekan oleh Jojo Struys dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Eman.

Post a Comment

StAtiStiK pEnInJAu

Menarik Di SIni....

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP