adam jaymie. Powered by Blogger.

TeMan SeJAti

YUNA!!!

Setelah begitu lama mengintai dari tirai kamar, akhirnya kelmarin Aku bertentang mata juga dengan Yuna. Aku kecewa kerana Yuna lebih tinggi dari Abang Nara. Apa ke pendek benar diri ini. Tapi hakikatnya mungkin Yuna pakai kasut tinggi itu yang Aku nampak pendek semacam je.
Sila jangan buat gosip Abang Nara pergi mengorat Yuna. Sebenarnya Abang Nara pergi ke pelancaran Yuna Inspired. Apakah itu Yuna Inspired? Basically akan ada kamera krew yang bakal ikut Yuna 24 jam untuk mengetahui hidup Yuna. Menarik kan? Dan paling best nanti akan ada contest untuk cipta lagu bersama Yuna. Pemenang nanti akan dibawa ke sebuah konsert khas.
Oh ye Yuna dah pun mengakui yang Qi adalah lelaki yang paling istimewa dalam hidupnya. Kiranya Yuna dah mengaku yang Qi adalah pakwenya la. Satu pengakuan yang bagus. Tak perlu nak berdolak-dalik kalau dah betul-betul sayang. Peminat zaman sekarang tak kisah sangat bab-bab cinta nie. Yang penting lagu best. Tak gitu?
Yuna Inspired dibawakan oleh Digi, Canon, Malaysia Airlines dan Astro Hitz. Abang Nara walaupun tak kenal Yuna secara mendalam tetapi Abang Nara tetap bangga dengan kejayaan Yuna. Daripada Youtube kini Yuna sudah pun menjadi seorang penyanyi yang ada brandnya yang tersendiri. Tahniah Abang Nara ucapkan. You deserved it.
Ikuti Twitter Yuna dan Facebook Yuna atau lawat laman web Yuna Inspired untuk lebih info tentang program ini. Lagi gambar sekitar pelancaran Yuna Inspired yang diproducekan oleh Jojo Struys dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Eman.

Read more...

DIANA DANIELE PUTUS CINTA!!

Kalau dalam artikel sebelum ini, punca perpisahan Farid Kamil dan Diana Danielle dikatakan kerana sikap kurang matang (macam budak-budak) Diana Danielle. Tapi nampaknya Diana Danielle dah keluarkan statement di Twitternya.
Salam. Tak masuk akal orang kata FK “dump” saya kerana sikap tak matang kerana yang buat keputusan untuk putus ialah saya.
Nah sekarang sudah terjawap segala persoalannya. Bukan FK dump DD. Tapi DD dump FK. Mungkin ini jalan terbaik untuk mereka berdua. Lagipun DD pun masih muda. Tak perlu kot bercinta lagi. Tumpukan perhatian kepada kerjaya dulu lagi ok kot. Tak gitu?

Read more...

Mengenlai orang berbohong @ tidak!!!

Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Namun, saat seseorang berbohong, biasanya bisa dilihat dari fisiknya. Salah satunya adalah dengan mengamati mata lawan bicara Anda. Mengapa demikian?
Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan jawabannya jujur. Sedangkan bila bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang bohong atau berbohong. Hal ini karena bagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreatifitas. Maka bila bola mata ke kiri, berarti dia berusaha mengingat sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan berarti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawaban yang lain. Hal ini karena bagian kreatifitasnya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.
Ciri fisik lainnya ketika seseorang sedang berbohong antara lain:
  • Badan berkeringat.
  • Napas mulai berat.
  • Nada suara berbeda seperti meninggi atau monoton.
  • Badan dan wajah terlihat kaku khususnya bagian dahi dan bibir.
  • Tangan banyak bergerak misalnya memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau menutup mulut.
  • Si pembohong tanpa disadari akan meletakkan benda-benda seperti cangkir, kertas, bolpen, atau benda lain sebagai pembatas.
  • Coba ubah topik pembicaraan, jika ekspresinya terlihat lega, berarti ia sedang berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, berarti ia sedang berkata jujur.

Read more...

FASHA - JEJAI PUTUS!!!!




Bercinta sememangnya mengasyikkan. Tetapi perpisahan yang berlaku sememangnya akan memedihkan jiwa raga. Akhirnya, sah yang hubungan cinta Jejai dan Fasha Sandha sudah putus . Siap keluar muka depan Harian Metro lagi. Takziah kami ucapkan kepada mereka berdua. Nampaknya hajat untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian jua. 

Kata Jejai:-
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.
Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu. Terkesima sudah. Mesti Fasha kecewa ditinggalkan Jejai. Kesian pulak kat Fasha. Apa-apa pun harap Fasha tabah. Kredit berita Harian Metro

Read more...

ROMANTIS AYU RAUDHAH - ZAQUAN

Tak tahulah korang macam mana tapi Abang Adam serious geram tengok pelamin dengan hiasan perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan nie. Lawak gila!! Kalau ada bajet lebih, rasa nak buat wedding Abang Adam nanti macam diorang berdua. Tapi confirm akan terlebih bajet kalau nak tiru diorang.

Oh ye, esok malam Abang Adam telah dijemput oleh SetelKahwin untuk menghadiri majlis pra pelancaran dan sidang media Festival Pengantin Malaysia serta meraikan pasangan pengantin selebriti Ayu Raudhah Che Wan dengan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak.

Event ini akan diadakan pada 26hb Januari 2011 jam 8.00 malam bertempat di Beach Hut Mines Wellness Hotel, Mines Resort City, Seri Kembangan, Kuala Lumpur di dalam suasana bertemakan Ocean, Blue, Mediterranean “Hangatnya Cinta”.

Festival Pengantin Malaysia telah ditubuhkan oleh SetelKahwin dan Dirich Vision untuk memajukan industri perkahwinan Malaysia. Kalau tak faham sila lawat website www.festivalpengantin.com.
So nanti Abang Adam akan try suruh diorang buat pose istimewa untuk anda semua. Dan kali ini semua gambar-gambar akan diambil menggunakan kamera Abang Nara sendiri. Lagi gambar perkahwinan Ayu dan Zaquan yang diambil oleh Team PhotographyPlanet untuk tatapan anda semua.

Read more...

FASHA SANDHA - KAMI TIADA JODOH!!!

Pagi tadi dengan pantasnya selepas mengetahui kisah putus cinta Fasha dan Jejai, Abang Nara terus membeli Harian Metro untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dan ternyata di dalam Harian Metro ada kenyataan Fasha Sandha berkaitan hal ini. 

Kata Fasha:-

Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya. 
 
Dan tragedi putus cinta ini bermula sejak Jejai pulang bercuti dari jepun bersama dengan keluarganya.
Sejak dia pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua

Tapi apa yang peliknya, semasa Jejai berada di Jepun tiap-tiap hari mereka berdua main mesej. Sampai-sampai Malaysia je terus tak berhubung apa-apa. Agak misteri di situ.
Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya. Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. 
Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi.

Dan selepas ini Fasha berharap tak ada lagi media yang akan mengaitkan dia dengan Jejai. Cukup-cukuplah. Fasha mahu tumpukan perhatian mencari rezeki di dalam lakonan. Kata Fasha, tawaran berlakon yang diterima sekarang melimpah ruah.

Dan kalau anda fikir Fasha kecewa akibat clash dengan Jejai, anda ternyata silap. Ini kata Fasha.
Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu sahaja

Fasha sudah single sekarang. Anda taknak ngorat? Ke anda nak ngorat Jejai?

Read more...

Hairuman bakal hilang kaki kiri pula



HAIRUMAN kelihatan sugul selepas mengetahui kaki kirinya pula akan dipotong di HTAR, Klang semalam.


KLANG - Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon yang baru kehilangan kedua-dua belah tangannya minggu lalu, bakal berdepan satu lagi dugaan apabila doktor mengesahkan salah satu daripada kakinya akan dipotong.
Ketua Aduan Majlis Belia Malaysia, HM Rizan ketika dihubungi berkata, pihaknya mendapat berita sedih itu petang semalam.
"Saya sendiri terkejut apabila doktor memaklumkan Muhamad Hairuman akan dimasukkan ke dewan bedah petang esok (hari ini) bagi membolehkan kaki kirinya dipotong.
"Kami rasa sangat sedih dan terkejut tetapi doktor memberitahu perkara itu terpaksa dilakukan atas faktor perubatan," katanya ketika dihubungi di sini petang semalam.

Read more...

Asal Usul Istilah AirMAta Buaya

Pernahkah Anda mendengar bahwa seseorang dikatakan meneteskan "air mata buaya"? Artinya air mata buaya adalah air mata dan kesedihannya tidak tulus tetapi hanya pura-pura atau penyesalan yang palsu. Mengapa sampai ada istilah seperti itu? Apakah buaya bisa menangis? Dan apakah tangisannya hanya pura-pura saja?

Sebenarnya, buaya meneteskan air mata untuk mengeluarkan kelebihan garam dari tubuhnya. Namun, pada awal tahun 1970-an, mungkin orang boleh dengan tulus meneteskan air mata bagi buaya. Khususnya setelah buaya memakan mangsanya, buaya akan meneteskan air mata. Tapi bukan karena penyesalan buaya tersebut, namun secara alami hal itu terjadi karena kelenjar air mata buaya akan mengeluarkan cairan untuk mengeluarkan kelebihan garam dari buaya.

Namun, kondisi saat ini bisa membuat buaya benar-benar menangis. Populasi mereka nyaris punah karena banyaknya permintaan akan kulitnya. Sepatu, tas tangan, koper, ikat pinggang, dan barang lain yang dibuat dari kulit buaya memang indah, awet, dan sangat menarik.

Read more...

Duit @ Kasih Sayang!!!!

Ermm… pada pendapat korangla mane yang lebih utama?? Duit yang melimpah-ruah @ kasih-sayang seorang wanita kepada kamu???  Terkadang adakala kita terfikir walaupun mempunyaii duit setinggi gunung pun tapi kalau hati tak senang , selalu ada penyakit kritikal jantung, kencing manis pun tak syok jugak kan???




Duit berjuta-juta tapi nak makan pun kene pantang.. Bagi sesetengah orang, duit yang sederhana pastu ade seorang wanita yang disayangi dan memahami adalah mencukupi bagi mereka… Sebabnye, keseimbangan dalam kehidupan amat penting kan??  Betol tak??

Hari demi hari, minggu demi minggu, aku menghitung hari mnegecapi saat bahagia berssama insane yang ku sayang.. Moga Allah permudahkan hajatku ni..  Amin…..

Read more...

Bantulah saudara kita ni!!!

memang amat menyayat hati apabila membaca kisah seorang pemuda yang ingin mencari rezki tetapi terkena kejutan eletrik.. ikuti kisahnya ....

kLANG - "Tiba-tiba saya rasa seluruh badan terbakar sebelum terpelanting jauh dalam kebun kelapa sawit."
Itu detik-detik yang masih diingati oleh mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon, 22, yang buat pertama kali ditemu ramah selepas insiden ngeri yang berlaku kepadanya pada 26 November tahun lalu.




Menurut Muhamad Hairuman, dia sudah mengait lima hingga enam pokok kelapa sawit dan ketika mengait pokok yang seterusnya, dia tidak perasan kabel elektrik di kawasan berkenaan.
Lagi pun, katanya, ini bukan kali pertama dia pergi ke kebun kelapa sawit rakannya yang terletak di Kampung Masjid Baruh, Tanjung Karang itu.

Sebelum ini dia sudah empat kali mengait sawit di kebun itu.
Dia juga mengakui sudah biasa melakukan kerja-kerja mengait dan mengutip buah kelapa sawit bagi menambah sumber pendapatan bersama abangnya, Muhamad Firdaus, 24.
"Selama ini, itulah kerja-kerja kami bagi mencari wang kepada keluarga terutama bagi menyara seorang kakak kami yang mempunyai masalah kesihatan," ceritanya.

Menurutnya, selepas tamat kolej dua tahun lalu, dia selalu mengambil upah melakukan kerja-kerja pendawaian dan pernah terkena kejutan elektrik tetapi kejadian di kebun kelapa sawit tahun lalu itu merupakan yang terburuk.

"Sampai sekarang saya masih rasa panas dan kerap minum air sebab selalu rasa dahaga,'' katanya lagi.
Muhamad Hairuman sudah mula menunjukkan perubahan positif apabila sudah boleh bercakap dan melemparkan senyuman kepada setiap pelawat termasuk bekas rakan-rakannya yang menziarahinya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam.






Read more...

mengenali tubuh lelaki & wanita... must read!!!

Lelaki mempunyai tubuh yang lebih kuat dari seorang perempuan seperti yang semua tahu. Tahukah anda rahsia-rahsia lain pada tubuh yang cukup menakjubkan ini. Ikuti 50 fakta menarik mengenai perempuan dan lelaki berkaitan dengan tubuh mereka.



1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki-laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki-laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki-laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

Read more...

StAtiStiK pEnInJAu

Menarik Di SIni....

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP